ALAM ADALAH JANTUNG BUMI
Lokasi: Taman Rusikan, Sinaron
Pengalaman semasa berada di tempat ini masih terasa sehingga kini. Kesejukan air sungai, udara yang nyaman di sekeliling dan suasana yang aman damai mendatangkan kerinduan dalam hati untuk datang kembali ke tempat seperti ini. Ya..pastinya dalam kesibukan duniawi, kita amat memerlukan suatu saat untuk mencari ketenangan atau kedamaian..
Namun, menyedari keadaan dunia sekarang..kehijauan alam semakin terancam. Saya masih ingat ketika zaman kanak-kanak saya, di belakang rumah ada sebatang sungai yang warnanya agak gelap tetapi sangat bersih. Ketika waktu hujan, air itu akan naik dan kami akan bermandi-manda di situ..betapa saya merindui saat-saat itu. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan itu. Kenangan itu seperti baru semalam...
Kini, semua itu tidak ada lagi. Semuanya telah kering kontang dek kerakusan manusia yang inginkan kemajuan. Sakitnya melihat semua ini.
Saya berharap agar sisa-sisa sungai yang masih ada dapat dijaga dengan sebaiknya. Tiada yang boleh menolak kenyataan bahawa alam adalah jantung bumi. Sekiranya ia sakit, manusia juga akan menerima kesannya. So, SAVE OUR EARTH!