Ada yang begitu mudah kuterima dengan sukacita, kerana menyenangkan. Semua itu merupakan berkat dan karunia dari-Mu. Namun, Tuhan ada juga hal-hal yang menyebabkan aku bertanya, "Mengapa Tuhan?" dan sulit kuterima, termasuk kekurangan dan dosa-dosaku. Ampunilah aku Tuhan, untuk apa adanya aku ini. Dengan rendah hati kumohon, buatlah aku menjadi orang yang makin hari makin berterima kasih kepada-Mu. Buatlah aku menjadi orang yang berpasrah kepada kehendak-Mu, dan rencana-Mu. Buatlah hari esok dan diriku sesudah hari ini makin baik.
Aku berdoa pula bagi jiwa-jiwa di api penyucian, kerana belas kasih dan kerahiman-Mu, semoga mereka memperoleh kebahagiaan bersama para kudus-Mu. Bantulah aku juga untuk menjadikan seluruh hidupku masa persiapan yang baik untuk hidup abadi di alam baka, sehingga kapan pun kematian tiba, aku siap menyambutnya, siap kembali kepada-Mu.
Semoga kalau kemah kediamanku Kau bongkar, dengan gembira hati aku beralih ke rumah kediaman abadi yang Kau sediakan sendiri bagiku. Ku akan tidur untuk beristirehat. Biarlah malaikat-malaikatMu melindungi aku dan keluargaku. Bangunkan aku besok dan sirami aku dengan berkat dan kasih karunia-Mu. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan