Indahnya hidup ini untuk dihayati...Jika semalam kita gagal, biarlah kita bermula lagi pada hari ini...
Never Ever Give Up because God Never Give up on Us!!!

23 Jun 2013

PELAYANAN

♥ PERBEZAAN ANTARA KERJA DAN PELAYANAN ♥

Sesetengah org mempunyai sesuatu KERJA dalam Gereja,
Yang lain melibatkan diri mereka dalam sesuatu PELAYANAN.
Apakah perbezaannya?

Jika anda melakukan sesuatu hanya kerana tidak ada lain orang
mahu melakukannya, itu adalah KERJA..
Jika anda melakukannya kerana mahu melayani Tuhan, itu adalah PELAYANAN.

Jika anda berhenti kerana ada orang mengkritik anda, itu adalah KERJA.
Jika anda terus mahu mengabdikan diri, itu adalah PELAYANAN.

Jika anda melakukan sesuatu hanya kerana ianya tidak mengganggu
aktiviti-aktiviti anda yang lain, itu adalah KERJA.
Jika anda komited melakukan sesuatu walaupun ianya memerlukan
anda meninggalkan aktiviti-aktiviti yang lain, itu adalah PELAYANAN.

Jika anda berhenti kerana tidak ada sesiapa yang memuji
atau berterima kasih kepada anda, itu adalah KERJA.
Jika anda setia melakukan sesuatu walaupun tidak ada sesiapa
yang menghargai usaha anda, itu adalah PELAYANAN.

Sesuatu KERJA memang sukar membangkitkan kegembiraan.
Sesuatu PELAYANAN pasti akan menggembirakan.

Jika kita mementingkan kejayaan, itu adalah KERJA.
Jika kita mementingkan kesetiaan itu adalah PELAYANAN.

Gereja yang sederhana dipenuhi dengan orang-orang yang melakukan KERJA.
Gereja yang hidup dan sedang berkembang dipenuhi dengan
orang-orang yang terlibat dalam PELAYANAN.

Golongan manakah kita? Bagaimana dengan sikap kita sendiri?

Jika Tuhan memanggil anda untuk melayani,
janganlah memperlakukannya sebagai KERJA,
Jika anda mempunyai sesuatu KERJA, tinggalkan dan carilah PELAYANAN.

Tuhan tidak ingin kita merasa terikat kepada sesuatu KERJA,
tetapi Dia ingin agar kita merasa gembira dan setia kepadaNya dalam sesuatu PELAYANAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan